fbpx

Arwah Konstabel Azza Fahmi banyak ‘repost’ tentang Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar-gambar yang dimuat naik Allahyarham Azza Fahmi dalam akaun TikToknya.
TANGKAP layar WhatsApp video Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar sebagai penghargaan kepada ibunya.

PETALING JAYA – Anggota polis, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam insiden serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor hari ini kerap berkongsi mengenai isu Palestin di media sosial.

Kali terakhir Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, memuat naik hantaran mengenai negara bergolak tersebut adalah pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Perkara yang mencuri perhatian pengguna media sosial adalah Allahyarham kerap berkongsi semula video tentang Palestin dan kata-kata motivasi serta ceramah agama oleh pendakwah-pendakwah tanah air.

Lebih meruntun jiwa, anggota keselamatan itu juga sering mengulang siar beberapa video mengenai kemuliaan ibu bapa dan kasih sayang sesama ahli keluarga.

“Sedihnya tengok ‘repost’ Allahyarham Fahmi. Semoga ditempatkan dalam kalangan para syuhada,” kata Natasha.

“Kalau tengok pada ‘repost’, Allahyarham sangat peduli tentang Palestin, banyak ‘repost’ tentang peperangan di sana. Baru semalam Allahyarham ada ‘repost’ pasal (mengenai) ibu,” komen Scha.

Dalam pada itu, hampir semua hantaran di akaun TikTok Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dibanjiri komen pengguna yang mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan mendoakan agar pemuda itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Memikul dua tanggungjawab sebagai seorang anak yang membawa harapan untuk keluarga dan menjadi anggota polis untuk menjaga keamanan negara. Semoga tenang di sana, tuan. Salam takziah,” ujar Isabelle.

“Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” kata Yaya Rohana.

“Al-Fatihah moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Seorang anak yang baik. Ibu bapa pun baik-baik belaka. Saya tumpang sedih atas pemergian anak tercinta,” komen pengguna lain pula.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak lelaki bertopeng yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Lelaki yang menyerang balai polis tersebut turut mati ditembak dalam kejadian serangan berdarah tersebut.

Motif kejadian serangan itu dipercayai untuk merampas senjata api. Serangan pada pukul 2.30 pagi itu dipercayai dilakukan anggota Jemaah Islamiah (JI).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI