fbpx

Serangan balai polis: Keluarga suspek tidak bergaul dengan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAI Polis Ulu Tiram, Johor Bahru diserang ahli Jemaah Islamiah (JI) awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram dan keluarganya dipercayai mengasingkan diri daripada penduduk setempat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pemuda berusia 21 tahun itu dipercayai mempunyai empat adik-beradik dan tidak bersekolah. Mereka dipercayai dididik oleh bapanya yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI).

“Saya difahamkan, mereka (adik beradik) tidak mendapat pendidikan formal dan dididik oleh bapa mereka sendiri,” katanya.

Tinjauan mendapati lokasi Balai Polis Ulu Tiram dan rumah keluarga suspek adalah kira-kira tujuh kilometer.

Lelaki itu berkata, penempatan keluarga suspek itu dipercayai wujud sejak 20 tahun lalu dan dianggarkan terdapat 18 keluarga selain agak terpencil serta sentiasa dipantau pihak berkuasa.

Kejadian serangan itu juga mengejutkan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk.

“Penduduk memang bimbang bila mereka tinggal di sini, namun kita yakin dengan kecekapan polis dalam memastikan insiden ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung, Shazrul Idham Abd Aziz, 41, meminta pihak berkuasa supaya dapat menjalankan siasatan kes serangan balai polis yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua anggota polis itu dengan sebaiknya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI