fbpx

[VIDEO] Wanita lapor polis pakaian dalam dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian kediaman mangsa di Titi Teras, Ahad lalu.

BALIK PULAU – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kejadian seorang lelaki yang bertopi keledar bertindak mencuri pakaian dalam miliknya di Titi Teras, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa warga tempatan membuat laporan polis pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, pengadu menyedari yang pakaian dalam kepunyaannya yang disidai di ampaian di hadapan rumah di Taman Titi Height telah tiada.

“Wanita tersebut kemudiannya memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalamnya itu.

“Suspek kemudiannya beredar dari rumah wanita berkenaan dengan menunggang motosikal. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 60 saat memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI