fbpx

[VIDEO] Pemandu mabuk mengaku tidak bersalah langgar atlet kayak kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, R. Dhinesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan atlet kayak Kebangsaan, Siti Nurul Masyitah, Sabtu lalu. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu penyelia sebuah kilang di Senai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan kecederaan atlet kayak kebangsaan, Sabtu lalu.

Tertuduh, R. Dhinesh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu sebuah kereta Toyota Vios dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md. Elias.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 3.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), di sini pada pukul 4.19 petang, 11 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 selain hilang kelayakan memandu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor S. Vikineswary manakala tertuduh diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Skudai setiap bulan.

Nur Fatin turut menetapkan 24 Jun depan sebagai serahan dokumen dan lantikan peguam selain lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang itu dirempuh dan diseret sejauh 600 meter pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, Johor Bahru.

Kemalangan itu menyebabkan anak kelima daripada lapan beradik itu mengalami kecederaan patah tulang pelvis, bahu kanan dan luka bahagian belakang serta kaki.

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI