fbpx

Usul hapuskan penggunaan VAR saingan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNAAN VAR mencetuskan banyak pertikaian musim ini terutama melibatkan aksi berprofil tinggi. - AFP

LONDON – Video Bantuan Pengadil (VAR) mungkin tidak lagi akan digunakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan, namun perkara ini hanya akan dapat ditentukan bulan depan.

Selepas mencetuskan beberapa kontroversi, Wolverhampton sudah pun membuat usul berkenaan dan mungkin VAR ‘dihapuskan’ daripada pertandingan sekiranya mendapat dua per tiga sokongan daripada kelab bertanding.

“Bukan berniat untuk mencari salah sebaliknya kita semua hanya mahu yang terbaik buat bola sepak. Semua pihak berkepentingan sudah pun bekerja keras untuk memperkenalkan teknologi tambahan.

“Namun, selepas lima musim VAR di Liga Perdana Inggeris, sudah tiba masanya untuk membahaskan perkara ini khususnya mengenai masa depan VAR. Kita terpaksa membayar untuk hanya perkara (peningkatan kualiti pengadilan) kecil dan ini adalah bertentangan dengan semangat kali.

“Jadi kami harus keluarkannya daripada saingan pertandingan 2024/25 dan musim seterusnya,” menurut kenyataan Wolverhampton.

Untuk rekod, VAR mula diperkenalkan di Liga Perdana Inggeris pada 2019, namun musim ini juga menyaksikan teknologi itu terus dipalit dengan kontroversi terutama dalam beberapa perlawanan berprofil tinggi.

Kelab itu juga mendakwa kontroversi yang berlaku menyebabkan timbulnya elemen negatif yang boleh merosakan hubungan peminat dengan bola sepak dan menjejaskan nilai pertandingan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI