fbpx

Umur 15 tahun sudah pandai hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penggunaan rokok elektronik di Malaysia mencatatkan peningkatan prevalens yang ketara sehingga 600 peratus dengan 5.8 peratus adalah pengguna semasa pada tahun 2023, berbanding hanya 0.8 peratus pengguna pada tahun 2011.

Berdasarkan penemuan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023, prevalens pengguna rokok elektronik berumur 15 hingga 24 tahun menunjukkan peningkatan drastik daripada 1.1 peratus pada tahun 2011 kepada 8.6 peratus pada tahun lalu.

Selain itu, prevalens dwi pengguna (tembakau dan rokok elektronik) turut meningkat daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 3.9 peratus pada 2023 iaitu peningkatan hampir 400 peratus.

“Ramai pengguna rokok elektronik adalah daripada kumpulan usia yang lebih muda. Tahun lalu, prevalens perokok rokok elektronik membabitkan pengguna berusia 15 hingga 24 tahun adalah 8.6 peratus diikuti 7.1 peratus di kalangan pengguna berusia 25 hingga 44 tahun, 2.8 peratus (45 hingga 64 tahun) dan 0.7 peratus (atas 65 tahun).

“Tiga alasan utama penggunaan rokok elektronik kerana ia tersedia dalam perisa yang digemari, persepsi bahawa kurang memudaratkan berbanding menghisap rokok dan mudah dinikmati,” menurut penemuan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI