fbpx

Tukang masak terjun sungai selepas bergaduh dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki terselamat selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Muda, dekat Sungai Petani tengah malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang tukang masak dipercayai terjun ke dalam Sungai Muda setelah bergaduh dengan isterinya dalam kejadian di sebuah jambatan di Kilometer 114 Lebuh Raya Utara-Selatan di Tikam Batu, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.31 tengah malam itu, lelaki berusia 42 tahun itu terselamat apabila ditemui berpaut di celah struktur tiang jambatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, lelaki yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kantin di Pulau Pinang dikatakan terjun ke dalam sungai selepas bergaduh dengan isterinya di rumah mereka di sini.

“Bapa kepada seorang anak perempuan berusia sembilan tahun itu kemudian pergi ke jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum terjun ke dalam sungai.

“Tindakan lelaki terbabit disedari seorang rakan yang mengekorinya kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini. Rakannya itu dikatakan tidak sempat memegang tangan mangsa ketika kejadian,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati lelaki terbabit berada di celah tiang jambatan lebuh raya di situ dan mengalami kecederaan pada kaki dan tangan sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI