fbpx

[VIDEO] Ada minyak diesel di lorong paling kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenderaan yang terlibat melalui laluan berminyak di Klang.

KLANG – Polis menyiasat unsur perbuatan khianat mengenai insiden kemalangan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di sini, yang didakwa berpunca akibat dituang minyak, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan beberapa kenderaan akibat tumpahan minyak di jalan itu yang tular di media sosial.

Kata beliau, siasatan pihaknya mendapati laluan dari arah Bukit Tinggi menghalang Bulatan Simpang Lima itu berselekoh dan mempunyai tiga lorong.

“Pemeriksaan mendapati kesan tumpahan minyak diesel di lorong paling kanan itu menyebabkan jalan licin sehingga berlakunya kemalangan. Sehingga kini, hanya seorang pemilik kenderaan tampil membuat laporan di balai polis berdekatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo melaporkan beberapa kenderaan berpusing selepas melalui jalan yang dikatakan dituang minyak dalam kejadian pada waktu malam itu.

Dalam video tular berdurasi 30 saat itu, kedengaran suara dua individu dalam kenderaan tersebut dan seorang mangsa wanita menjerit apabila kereta yang mereka naiki berpusing sehingga melawan arus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI