fbpx

Sheila Rusly pun masuk senarai boikot ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERAKAN sejagat Blockout 2024 yang dicetuskan ketika Met Gala di New York, Amerika Syarikat pada 6 Mei lalu sudah menular di negara ini sehingga ramai selebriti dan pempengaruh media sosial disenaraikan untuk diboikot.

Mereka didakwa mengambil pendekatan ‘tutup mata’ apabila lebih selesa tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin dalam laman sosial masing-masing.

Gerakan boikot juga dilakukan terhadap personaliti popular yang masih terikat dengan jenama penyokong Israel.

Cuma, ada segelintir netizen tertanya-tanya apabila turut terselit nama pelakon dan produser Sheila Rusly.

Ramai pula yang mendakwa ibu mentua pelakon Elisha Sandha itu perlu diboikot kerana mempromosikan barangan syarikat yang menyokong Israel.

Apa pun Sheila belum buka mulut lagi tapi kalau nak boikot sesiapa pun jangan sampai maki hamun. Mungkin mereka ada cara sendiri tunjukkan solidariti buat rakyat Palestin.

Mizz Lahar: Daiyan Trisha dah tunjuk bukti salurkan sumbangan ke tabung Palestin pun masih dikecam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI