fbpx

Senator Amerika dituduh ‘jual’ kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 27 September 2023 menunjukkan Menendez dan isterinya, Nadine. – AFP

WASHINGTON – Robert Menendez meletakkan kuasanya sebagai senator kanan Amerika Syarikat(AS) untuk ‘dijual’, kata pendakwa raya dalam hujah pembukaan semasa perbicaraan rasuah Menendez.

Menendez yang merupakan Senator New Jersey berusia 70 tahun daripada Parti Demokrat dan isterinya, dituduh terlibat dalam jenayah peras ugut, menghalang undang-undang dan menerima rasuah daripada sebilangan ahli perniagaan berkaitan Mesir serta Qatar.

Dia dan isterinya menafikan semua tuduhan tersebut.

Sebelum ini, ejen-ejen Biro Siasatan Persekutuan(FBI) dilaporkan menemui wang tunai tersembunyi berjumlah hampir AS$500,000 (RM2.34 juta) semasa mereka menyerbu kediaman Menendez.

FBI turut menjumpai jongkong emas bernilai kira-kira AS$150,000(RM702,251) dan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz dalam serbuan mereka.

“Dia (Menendez) seorang yang berkuasa. Dia juga korup,” pendakwa raya, Lara Pomerantz memberitahu panel juri semalam.

Seorang ahli perniagaan,  Jose Uribe mengaku bersalah berhubung dakwaan rasuah berkaitan kes itu pada Mac lalu dan membantu pasukan penyiasat.

Dalam perkembangan sama, Nadine Menendez, 57, akan dibicarakan secara berasingan pada Julai ini.

Dakwaan paling serius dalam perbicaraan tersebut membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI