fbpx

‘Risau bangun tidur sudah dalam tanah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIE AZWEEN menunjukkan keadaan tebing runtuh sedalam 10 meter ketika ditemui di Cyberjaya kelmarin.

CYBERJAYA – Kira-kira 1,000 penduduk di Cassia Garden Residence di sini, hidup dalam kebimbangan selepas tebing di kawasan perumahan itu runtuh baru-baru ini.

Runtuhan sedalam lapan hingga 10 meter (m) yang berlaku sebulan lalu semakin menghampiri kawasan kediaman mereka.

Wakil penduduk, Anizan Ali berkata, runtuhan turut menye­babkan benteng roboh.

“Jarak lokasi runtuhan dan benteng dengan rumah pendu­duk hanya 10 m. Ia merupakan satu-sa­tunya laluan utama penduduk keluar masuk ke kawasan perumahan ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurut Anizan, pihaknya sudah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan pihak pemaju supaya tindakan segera dapat diambil.

Jelasnya, MPS memaklumkan pemaju perumahan masih belum menyerahkan kawasan itu kepada pihaknya sekali gus menyukarkan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.

“Pihak pemaju sepatutnya melakukan kerja-kerja baik pulih, namun sampai sekarang masih belum ada wakil yang datang.

“Kami bimbang runtuhan makin teruk, lebih-lebih lagi ke­rap berlaku hujan lebat waktu petang menyebabkan air bertakung dan pergerakan tanah boleh berlaku bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Badan Pengurusan Bersama Cassia, Hanie Azween berkata, pihaknya menyedari kejadian tersebut pada 25 April lalu yang turut mengakibatkan saluran longkang patah.

“Keadaan tanah di bawah lokasi runtuhan menjadi lembut kerana ada anak sungai yang dihubungkan ke kolam tadahan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Ketika ini struktur tebing ditutup dengan kanvas oleh MPS bagi mengelak runtuhan susulan. Kami harap kerja-kerja baik pulih dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI