fbpx

Remaja tembak mati sahabat karib kebas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menyoal teman wanitanya mengenai hubungan sulitnya dengan mangsa. – FACEBOOK

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Samut Prakarn menembak mati sahabat karibnya selepas mendapat tahu bahawa mangsa menjalin hubungan sulit bersama teman wanitanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai Phichate, 18, kemudian menyerah diri di sebuah balai polis dan mengaku perbuatannya.

Menurut Phichate, dia dan mangsa yang berusia 22 tahun, Phongsathorn, merupakan rakan baik dan banyak meluangkan masa bersama-sama.

Disebabkan itu, mangsa turut mengenali rapat teman wanitanya yang berumur  14 tahun.

Tambah suspek, dia menemui beberapa mesej dan gambar mangsa bersama kekasihnya dalam  telefon bimbit remaja itu.

Teman wanitanya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan mangsa sebelum suspek bertindak melepaskan empat das tembakan yang membunuh Phongsathorn di dalam bilik tidurnya.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Bang Phili, manakala pistol yang digunakan untuk membunuh mangsa dirampas.

Dia  boleh dijatuhi hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara antara 15 hingga 20 tahun sekiranya didapati bersalah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI