fbpx

Rambut pemuda dituduh jalin hubungan sulit dengan wanita dicukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMBUT seorang pemuda dicukur dan dibelasah berlaku di India. - Foto AFP

NEW DELHI  – Seorang pemuda berusia 25 tahun dipukul dan kepalanya dicukur selepas seorang lelaki menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki berkenaan, lapor portal berita Hindustan Times hari ini.

Menurut laporan, mangsa berasal dari kampung yang sama dengan wanita itu di daerah Firozabad Agra.

Dalam kejadian baru-baru ini,  tujuh lelaki bertindak membelasah pemuda berkenaan.

Menurut akhbar Times of India, video insiden itu menjadi tular di media sosial.

Dalam video itu, beberapa lelaki dilihat mencukur kepala mangsa secara paksa. 

Rakaman  tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Pegawai polis tempatan, Anivesh Kumar memberitahu bahawa perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai ‘serangan dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa’. 

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan kes tersebut. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI