fbpx

[VIDEO] Pucuk paku, bunga kantan hadiah buat cikgu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara hadiah istimewa diterima seorang guru daripada murid anak-anak Orang Asli sempena Hari Guru hari ini.

PETALING JAYA – Pucuk paku, pucuk ubi dan bunga kantan antara hadiah istimewa diterima oleh seorang guru daripada murid anak-anak Orang Asli sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Menerusi perkongsian video dimuat naik guru tersebut pada TikTok misaikeli88, guru wanita itu turut menerima daun kunyit, cili padi selain buah kuini.

“Sukanya kita,” katanya ringkas pada kapsyen video tersebut.

Perkongsian itu mendapat pujian orang ramai yang menyifatkan hadiah diberikan anak-anak Orang Asli tersebut sangat istimewa.

“Ya Allah, kecur liur sedapnya lahai dapat masak makan macam ni. Boleh tambah-tambah nasi. Apa-apa pun selamat Hari Guru guru untuk cikgu. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam mendidik mereka,” kata Cik-Sha.

“Dapat ni jimat tak payah beli dah sayur-sayur,” komen FieJaiLif Airissh.

“Bestnya dapat sayur-sayur. Nanti balik cikgu terus masak. Terharu sangat tengok,” ujar Cula. – KOSMO! ONLINE

@misaikeli88 Sukanyaaaa kita hikhikhik #hadiahhariguru ♬ Favourite Thing – Yuna

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI