fbpx

Pohon penjara 12 tahun jika salah sebabkan kematian Zulfarhan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peguam yang hadir pada hari di Mahkamah Rayuan hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan dua bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencadangkan agar hukuman penjara 18 tahun dikurangkan kapada 12 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Dua bekas penuntut UPNM itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi.

Peguam bela Muhammad Akmal dan Muhammad Azamuddin, Amer Hamzah Arshad berkata cadangan itu dikemukakan jika kedua-dua anak guamnya itu kekal disabitkan kesalahan atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK).

“Jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak guam bersalah di bawah seksyen itu, hukuman penjara patut dikurangkan kepada 12 tahun dan bukannya 18 tahun. Saya lihat ada kes lain (di bawah seksyen sama) di mana pelaku dikenakan hukuman penjara yang kurang dari 18 tahun.

“Tolong beri anak muda terbabit peluang kedua kerana kes ini bukan di bawah Seksyen 302 KK (kerana membunuh). Betul anak guam ada membuat kesilapan tetapi mereka layak mendapat peluang kedua,” katanya ketika berhujah di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini.

Turut bersidang, Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sementara peguam Amer Hamzah berkata, adalah menjadi hakikat bahawa kedua-dua anak guamnya itu membantu mendapatkan rawatan ubat dan makanan untuk Zulfarhan susulan kejadian berlaku.

“Pihak pendakwaan mungkin berhujah bahawa kelakuan sedemikian menunjukkan anak guam tahu mereka melakukan kesalahan.

“Hujahan itu sendiri gagal membuktikan tertuduh ada niat membunuh dengan menyebabkan kematian kepada mangsa. Malah, perlakuan selepas kejadian oleh anak guam menunjukkan sebaliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI