fbpx

PM Slovakia, Robert Fico ditembak 5 kali dalam cubaan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 2017 menunjukkan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico. – AFP

BRATISLAVA – Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico  ditembak lima kali dalam percubaan membunuhnya semalam, lapor agensi berita United Press International.

Beberapa pegawai berkata, percubaan bunuh tersebut bermotifkan politik.

Beliau  menjalani pembedahan lebih tiga jam dan dijangka beransur sembuh, manakala polis menahan suspek penembak.

“Saya rasa akhirnya, Perdana Menteri akan selamat. Beliau berada dalam keadaan yang tidak mengancam nyawa ketika ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Tomas Taraba kepada Perbadanan Penyiaran Britain

Menurut Menteri Dalam Negeri Slovakia, Matus Sutaj Estok, Fico ditembak pada perut tangan dan kakinya.

Serangan itu berlaku selepas mesyuarat kerajaan di bandar Handlova, tengah Slovakia.

Sementara itu, suspek yang ditahan kerana menembak Fico merupakan seorang penulis tempatan.

Saya boleh mengesahkan perkara ini,” kata Estok.

Suspek berambut putih itu dilihat direbahkan ke tanah dan digari selepas Fico ditembak beberapa kali. Laporan media menyebut dia adalah pengasas Kelab Membaca DUHA( pelangi) dan berasal dari bandar Levice.

Menurut media tempata, suspek pernah menulis tiga koleksi sajak dan merupakan ahli Persatuan Penulis Slovakia. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI