fbpx

Pesawat enjin terbakar semasa bawa jemaah haji bukan milik Garuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan keadan pesawat tersebut ketika mendarat cemas. – Istimewa

JAKARTA –  Sebuah pesawat yang mengalami kebakaran enjin ketika membawa jemaah haji Indonesia disahkan bukan milik penerbangan Garuda Indonesia, sebaliknya disewa daripada syarikat asing, lapor laman berita Suara hari ini.

Kemalangan berlaku di  ruang udara kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam.

Menurut laman pengesanan  pesawat, FlightRadar24, pesawat jenis Boeing 747 itu disewa khas daripada syarikat penerbangan Terra Avia.

Terra Avia merupakan syarikat berpangkalan di Moldova yang menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat.

Kapal terbang itu dilaporkan disewa oleh Garuda Indonesia untuk menambah penerbangan semasa musim haji 2024.

Penerbangan GA-1105 itu pada awalnya berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin pukul 3.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Ia dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 9.10 malam (waktu tempatan).

Namun dalam kejadian semalam, seorang saksi melaporkan melihat kapal terbang berwarna putih biru itu melintas dengan sayap kanannya terbakar selepas berlepas dari   Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin.

Tidak lama kemudian, tersebar gambar pesawat Garuda Indonesia mendarat di lapangan terbang sama dengan enjin pada sayap kanannya terbakar.

Ketua Pengarah PT Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra berkata, juruterbang membuat keputusan kembali ke lapangan terbang di Makassar kerana salah satu enjin pesawat terbakar.

Tambahnya, pesawat membawa 450 penumpang jemaah haji dan 18 kru itu selamat mendarat pada pukul 5.15 petang (waktu tempatan). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI