fbpx

Pemandu lori warga asing tunjuk lagak atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa JPJ memeriksa motosikal yang ditunggang warga asing di Taman Arowana, melmarin. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Sebuah lori dan 15 buah motosikal yang digunakan warga asing disita manakala 117 notis saman dikeluarkan dalam dua operasi berasingan yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sini, semalam.

JPJ memaklumkan, operasi tersebut dijalankan menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang diadakan di Taman Arowana dan Taman Pelangi di sini.

“Kita dapati kesemua warga asing ini menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

“Kita turut menyita sebuah lori dipandu warga asing yang tunjuk lagak dan mempertikai penguatkuasaan JPJ malah enggan memberi lesen memandu semasa operasi berlangsung di Taman Arowana,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam operasi berikutnya, JPJ turut mengeluarkan 117 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi yang berlangsung di beberapa lokasi iaitu Juru, Permatang Pauh, Bukit Minyak dan Batu Kawan di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI