fbpx

Pemancing hilang ketika cuaca buruk di Tasik Pedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bot dipercayai dinaiki mangsa ditemui dalam keadaan terbalik di Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang hari ini.

KUALA NERANG – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Tasik Pedu, dekat sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika kawasan tersebut dilanda angin kencang petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminudin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.20 petang.

“Panggilan kecemasan itu memaklumkan kejadian lemas membabitkan seorang lelaki dipercayai ketika melakukan aktiviti memancing bersama rakannya.

“Pasukan bersama jentera FRT, Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang telah diarahkan ke lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI