fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa kemalangan yang dirempuh kereta Perodua Myvi di Kilometer 20, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kampung Rhu Muda, Marang hari ini.

MARANG – Seorang pejalan kaki yang tidak diketahui identitinya maut apabila dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 20, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiram Kampung Rhu Muda di sini hari ini.

Lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 60-an itu terlibat dalam kemalangan pada pukul 3.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira empat jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Razman Setapa berkata, sewaktu kejadian, seorang lelaki berusia 25 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi dikatakan terkejut dengan kehadiran mangsa sedang berdiri di tengah jalan.

“Dia yang dalam perjalanan ke Dungun dari Kuala Terengganu gagal mengelak lalu merempuh mangsa. Lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya itu kemudianya dikejarkan HSNZ sebelum disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan pada pukul 7.20 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, pemeriksaan tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI