JAKARTA – Sepasang kekasih dicekup ketika melakukan perbuatan tidak senonoh dengan berasmara di dalam sebuah surau di Pulau Jawa, lapor portal berita Tribunjateng.com hari ini.
Satu rakaman video yang tular di media sosial semalam memaparkan pasangan yang ditangkap oleh penduduk tempatan hanya menundukkan kepala ketika duduk di dalam surau tersebut.
Kejadian itu berlaku di sebuah surau di kawasan Balai Jagong, Kudus.
“Memang betul ada kejadian (melanggar) perbuatan tatasusila di tempat awam,” kata seorang ketua polis tempatan, Subkhan yang mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, lelaki yang ditangkap itu berusia 36 tahun dan pasangannya ialah seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Subkhan berkata, perbuatan pasangan sejoli itu dikesan oleh seorang lelaki dari Semarang yang hendak mencuci muka.
Dia kemudian melaporkan perkara itu kepada seorang anggota yang menjaga ketenteraman masyarakat di lokasi kejadian. – AGENSI