SEREMBAN – Seorang lelaki cedera pada muka selepas motosikal jenis Honda Dash yang dia tunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban, Tampin di sini pagi tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Zainurin Bin Sharif, sebanyak 17 anggota dari balai Senawang dan Seremban bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 6 pagi.
“Mangsa berusia 33 tahun cedera pada muka akibat dihempap pokok tersebut dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit EMRS,” katanya. – KOSMO! ONLINE