fbpx

MotoGP: Bastianini harap ihsan Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI hanya menamatkan perlumbaan GP Perancis di tempat keempat selepas berdepan hukuman penalti. - AFP

LE MANS – Masa kian suntuk buat Enea Bastianini terutama membuktikan kemampuan agar terus menyinar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini supaya tempatnya bersama Ducati terus terjamin.

Pada saingan Grand Prix (GP) Perancis, Bastianini pulang dengan kekecewaan apabila pelumba Itali itu hanya menamatkan perlumbaan tempat keempat apabila dikenakan penalti ‘long lap’.

“Keputusan di Le Mans mengecewakan dan saya tidak dapat bersaing dengan Marc Marquez, Jorge Martin mahupun Francesco Bagnaia untuk memburu kedudukan podium.

“Sudah pasti anda perlu sentiasa melihat ke hadapan dengan apa yang akan berlaku. Tetapi, saya telah melepaskan peluang terbaik itu di Le Mans. Sebab itu saya marah.

“Mengenai musim 2025, saya perlu menyusun beberapa perkara, tetapi saya fikir Ducati tahu potensi saya dan apa yang saya boleh lakukan,” katanya.

Ketika ini, tempat Bastianini dalam situasi bahaya apabila juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez dan Jorge Martin dikaitkan bakal mengambil alih tempatnya dalam pasukan utama musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI