fbpx

Lawrence Wong angkat sumpah PM Singapura yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wong mengangkat sumpah di Istana, Singapura semalam. – AFP

SINGAPURA – Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu bagi menggantikan Lee Hsien Loong selepas dua dekad beliau mengetuai negara republik berkenaan.

Wong yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, menjadi individu kedua di luar keluarga Lee mentadbir Singapura selepas beliau ditabalkan di pejabat kerajaan, Istana sejurus selepas pukul 8 malam (waktu tempatan).

“Kami akan menerajui (Singapura) dengan cara kami sendiri. Kami akan terus berfikir di luar kotak dan berfikiran  jauh ke hadapan,” kata pemimpin berusia 51 tahun itu dalam ucapan pertamanya.

Ahli-ahli Kabinet Wong turut mengangkat sumpah termasuk Hsien Loong, 72, yang dilantik ke tugas penasihat kerajaan sebagai menteri senior.

Wong berkata, rakyat Singapura berdepan  dunia penuh konflik dan persaingan, dengan isu ketegangan geopolitik, dasar perlindungan serta nasionalisme mungkin berlarutan selama bertahun-tahun.

“Kita perlu berani berdepan realiti ini dan menyesuaikan diri dengan dunia yang lebih kucar-kacir, lebih berisiko dan lebih ganas,” ujarnya.

Ahli ekonomi menerima pendidikan di Amerika Syarikat itu dilihat sebagai pemimpin mesra media  yang bijak menangani krisis Covid-19 ketika beliau menyelia pasukan petugas pandemik kerajaan sebelum ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI