fbpx

Kita ‘fight’ untuk jabatan ini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin meninjau keadaan kuarters Penjara Kajang, semalam.

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan penambahbaikan kuarters anggota dan pegawai Penjara Kajang dilaksanakan dengan kadar segera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia berikutan keadaan kuarters tersebut tidak lagi sesuai untuk didiami.

“Kita ‘fight’ (lawan) sungguh-sunguh untuk jabatan ini. Bila kita letakkan skop kerja, dia kena tengok betul-betul supaya hasil akhir itu kita sendiri pun sanggup duduk.

“Kalau macam ini, macam mana pegwai dan anggota kita nak duduk. Tengok (kuarters) polis Cheras punya hasil akhir, sangat memuaskan,” katanya menerusi video dimuat naik dalam aplikasi X, hari ini.

Saifuddin berkata, perkara itu selari dengan hasrat Kerajaan Madani melalui misi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan penjawat awam terutama pasukan beruniform.

“Fokus saya tetap sama iaitu mahu memastikan persekitaran kediaman dan suasana kerja yang kondusif dapat dinikmati oleh semua anggota.

“Insya-Allah saya akan segera menaiktaraf kuarters ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI