fbpx

Kakitangan Singapore Airlines dapat bonus hampir 8 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan kru syarikat penerbangan Singapore Airlines. - Foto AFP

SINGAPURA –  Singapore Airlines akan membayar bonus hampir lapan bulan gaji kepada kakitangan syarikat penerbangan berkenaan selepas mencatatkan prestasi kewangan terbaiknya, lapor portal berita pyok semalam.

Menurut Singapore  Airlines, para pekerja akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.9 bulan gaji asas.

Bonus dikira menggunakan formula lama yang dirangka untuk memberi ganjaran kepada pekerja apabila syarikat penerbangan itu menunjukkan prestasi yang baik.

Bagi tahun kewangan 2023-2024, syarikat penerbangan itu melaporkan keuntungan S$2.68 bilion (RM9.33 bilion) berdasarkan pendapatan mencecah  S$19 bilion (RM66.19 bilion).

Ia merupakan keuntungan terbesar pernah dicatatkan Singapore Airlines dalam tempoh 77 tahun.

Tahun lalu, Singapore Airlines membayar bonus perkongsian keuntungan yang besar selepas pekerja menerima bonus bersamaan dengan 6.65 bulan gaji ditambah dengan bonus ex-gratia tambahan bernilai sehingga 1.5 bulan gaji pokok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI