PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga menjual burger dengan harga serendah RM2 di sekitar bandar Taman Kajang Impian meraih perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh @Saji.My, burger RM2 itu menggunakan patti ayam dan daging daripada jenama Ramlee namun dijual pada harga murah.
Penjual tersebut dilihat tidak ‘kedekut’ untuk menyajikan bahan-bahan seperti sos dan sayur dengan kuantiti yang banyak.
“Saya tengok cara kakak ini buat burger, mungkin ada yang dia skip (malangkau) untuk jimatkan kos, tapi ternyata tidak .
“Sos cili siap ada sos BBQ, barang bahan dalam burger ini bukan biasa-biasa,” kata individu yang merakam video itu.
Menurutnya, walaupun harganya murah namun rasanya enak dan sesuai untuk golongan pelajar.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan penjual tersebut.
“Alhamdulillah masih ada yang pemurah dalam perniagaan, meniaga sambil bersedekah, komen @masmerah.
“Sepatutnya kedai burger macam ini dipacak tepi pagar UiTM, mesti laku sebab pelajar ramai akan beli, komen @chocsmoker.
“Jual murah lagi ramai yang beli, untung tak banyak tapi masih cover (tutup) modal, Insyaallah rezeki Allah itu luas bagi orang yang bersedakah,” komen @megatrahman. – KOSMO! ONLINE
@saji.my Tak nyesal cuba.. Harga murah dan sedap.. Red Burger Taman Kajang Impian #sajimy #ajakhusband #burger #murah #bangi #kajang ♬ original sound – Saji.My