fbpx

Istiadat Pertabalan Agong ke-17 pada 20 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim.

 

PUTRAJAYA – Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim bakal diadakan pada 20 Julai depan bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan.

Menurut beliau, enam acara sampingan diadakan bersempena istiadat itu bermula dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai di Masjid Negara diikuti Khutbah Khas Solat Jumaat di masjid sama pada keesokan hari.

“Acara terakhir adalah Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai nanti di Istana Negara Turut diadakan Majlis Santapan Diraja di istana tersebut pada 20 Julai, disusuli lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli di Gombak, Selangor pada 23 Julai.,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Selain itu, Fahmi berkata Pameran Raja Kita juga berlangsung pada 25 Julai di Muzium Negara, Kuala Lumpur yang bertujuan memupuk perasaan cinta kepada institusi beraja nasional.

Fahmi turut memaklumkan bahawa tarikh Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda adalah pada 3 Jun nanti yang juga sudah diwartakan sebagai cuti umum.

Bagaimanapun, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong ke-17 telah pun mengampuni limpah perkenaan agar acara-acara sambutan pada bulan depan ditangguhkan ke September bagi memberi keutamaan kepada Istiadat pertabalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI