fbpx

Harimau Bentong mati kena langgar di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU belang yang ditemui mati dipercayai akibat dirempuh kenderaan di Kilometer 50.8 KLK arah Kuala Lumpur berhampiran Lentang, di sini, awal pagi tadi.

BENTONG – Seekor harimau belang dewasa mati dipercayai akibat dianggar kenderaan di Kilometer 50.8 Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuala Lumpur berhampiran Lentang, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi itu mengakibatkan harimau belang jantan yang mempunyai anggaran berat 130 kilogram itu mati di tempat kejadian.

“Harimau belang dewasa itu dianggar berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan. Jangkaan awal kita ialah haiwan tersebut datang dari Hutan Simpan Bukit Tinggi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah bertindak mengambil bangkai harimau belang itu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI