fbpx

EPL: Hanya Fernandes layak kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES dianggap pemain yang perlu dikekalkan di United untuk membimbing pemain muda membentuk skuad yang lebih baik. - AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Wayne Rooney percaya sudah tiba masanya kelab itu melakukan ‘pembersihan’ besar-besaran para pemain mereka untuk membentuk skuad baharu yang lebih mantap.

Beliau berpendapat, beberapa pemain tonggak terutama Marcus Rashford yang dianggap sebagai aset pasukan itu perlu meninggalkan Old Trafford selain beberapa pemain lain yang dianggap sebagai beban seperti Anthony Martial.

“Kita semua tahu mengenai kemampuan Marcus untuk beraksi pada tahap tertinggi, tetapi kita sudah lama tidak melihatnya. Saya fikir sudah tiba masanya untuk dia bermain di tempat lain.

“Saya rasa dia kena tanya dirinya sendiri. Saya mahu dia kekal dan memecahkan rekod kelab ini, namun dia perlu bekerja keras dan lebih merendah diri. Mengenai Martial, saya sudah lupa bila kali terakhir dia bermain,” katanya,

Mengulas lanjut, Rooney berpendapat bahawa pihak pengurusan United perlu mengekalkan Bruno Fernandes untuk mengemudi dan membina para pemain muda bagi menjadikan mereka sebuah pasukan yang kembali disegani.

“Anda perlu membina pasukan ini bersama Bruno. Dia memiliki kualiti dan semangat juang. Saya fikir anda perlu buang pemain-pemain lain. Ia bukanlah projek untuk jangka masa setahun, tapi mengambil masa beberapa tahun,

“Saya tidak menganggap pemain yang ada ketika ini tidak bagus, tetapi untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, anda perlukan pemain yang lebih bagus. Anda perlukan pemain yang lebih sempurna untuk bersaing bersama Manchester City, Liverpool dan Arsenal,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI