fbpx

BAIC lancar 2 model kenderaan pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen (tengah) bersama Fadillah (dua kiri), Hamidon (kiri) dan Mohd Nazri (dua kanan) pada Majlis Pelancaran dua model kenderaan pertama BAIC Malaysia di Wisma Consplant 1, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

SUBANG JAYA – Syarikat pengeluar kereta terkemuka China, BAIC melancarkan dua model kenderaan penumpang pertama di Malaysia iaitu X55 dan BJ40 Plus.

Pelancaran itu sempena pengembangan BAIC untuk pasaran di Malaysia dengan sasaran membuka 10 cawangan di seluruh negara tahun ini.

Pengerusi BAIC MOTOR Corporation. Ltd (BAIC) Chen Wei berkata, Malaysia mewakili pasaran automotif yang luas dengan permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan pintar.

“Dengan sistem pengeluaran automotif Malaysia yang matang dan minat pengguna yang semakin meningkat, kami secara strategik merintis sempadan baharu.

“BAIC komited untuk mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan dengan menawarkan pelbagai pilihan berkualiti tinggi kepada pengguna Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dua model kenderaan penumpang pertama BAIC Malaysia di Wisma Consplant 1, di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Pengarah Urusan Propadu Holdings Berhad, Datuk Mohd. Nazri Ismail dan Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Berhad (EPMB), Hamidon Abdullah.

Chen berkata, kedua-dua kenderaan iaitu X55 dan BJ40 Plus akan dipamerkan di bilik pameran BAIC, Wisma Consplant 2 bermula 17 sehingga 19 Mei ini.

“Walaupun kenderaan itu telah disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan di Malaysia, BAIC mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada orang ramai,” jelasnya.

X55 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menampilkan enjin 1.5 TD, empat silinder dengan teknologi VGT (turbo) selain mempunyai kotak DCT tujuh kelajuan yang dibangunkan BAIC.

Dari aspek keselamatan, X55 juga memperolehi penarafan lima bintang daripada C-NCAP dan C-IASI.

Selain itu, BJ40 Plus pula menampilkan enjin petrol 2.0L termasuk pengecas turbo yang dipadankan dengan kotar gear automatik ZF lapan kelajuan buatan Jerman.

Jentera itu direka dengan kejuruteraan khusus untuk pengembaraan laluan lasak termasuk sistem 4WD (pacuan empat roda) separuh-masa BorgWarner dan struktur rangka tradisional.

Bagaimanapun, harga kedua-dua kenderaan tidak didedahkan namun X55 dianggarkan bermula sekitar RM120,000 hingga RM140,000 manakala BJ40 Plus dari RM180,000 hingga RM190,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI