fbpx

ASEAN bertemu junta Myanmar runding kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Junta, Min Aung Hlaing tiba untuk berucap semasa Hari Angkatan Tentera di Naypyidaw pada 27 Mac lalu. – AFP

NAYPYIDAW  – Komander tentera Myanmar mengadakan perbincangan dengan beberapa  pegawai tertinggi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengenai penyertaan junta dalam blok berkenaan, selepas mereka dipulaukan sejak rampasan kuasa pada 2021, lapor media pemerintah hari ini.

10 anggota ASEAN telah mengetuai usaha diplomatik yang tidak membuahkan hasil setakat ini untuk menyelesaikan konflik di Myanmar. Pertempuran di negara itu menyebabkan kira-kira 2.7 juta orang hilang tempat tinggal, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Myanmar masih menjadi anggota ASEAN, tetapi junta tentera dikecualikan daripada mesyuarat peringkat tinggi kerana enggan menyertai rancangan damai melibatkan seteru mereka.

Ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing bertemu utusan khas ASEAN,  Alounkeo Kittikhoun dan Setiausaha Agung, Kao Kim Horn di ibu negara, Naypyidaw semalam, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

“Mereka bertukar pandangan mengenai isu kerjasama Myanmar dalam ASEAN,” kata akhbar sama.

Menurutnya, kedua-dua pihak  juga ‘membincangkan kerjasama terbaik Myanmar dalam ASEAN, syarat penyertaan Myanmar dalam mesyuarat ASEAN’ dan rancangan junta untuk mengadakan pilihan raya baharu.

Krisis Myanmar telah telah memecahbelahkan ASEAN, manakala blok tersebut dicemuh oleh pengkritik-pengkritik sebagai ‘tidak bertaring’.

Indonesia, Malaysia dan Filipina menggesa tindakan lebih tegas terhadap junta, manakala Thailand mengadakan rundingan dua hala sendiri dengan junta dan juga pemimpin demokrasi yang ditahan, Aung San Suu Kyi.

Lebih 5,000 orang  terbunuh, manakala  lebih 26,000 lagi  ditangkap dalam tindakan keras junta tentera terhadap penentang sejak kudeta pada 2001. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI