fbpx

7.5 juta rakyat Malaysia hidap kolesterol tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Dzulkefly bercakap ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran NHMS dan GATS Malaysia 2023 di KKM Putrajaya hari ini - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kira-kira 7.5 juta atau 33.3 peratus rakyat Malaysia menghidap kolesterol tinggi diikuti 6.7 juta (29.2 peratus) penghidap tekanan darah tinggi dan 3.6 juta (15.6 peratus) mempunyai penyakit kencing manis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, sebahagian besar penghidap penyakit berkenaan yang tidak didiagnosis tergolong dalam kelompok mereka yang berumur lebih muda.

“Penemuan ini amat membimbangkan kerana penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tidak didiagnosis dalam kalangan umur yang lebih muda akan memberi komplikasi kesihatan yang lebih cepat pada golongan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan NHMS 2023 hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly berkata, trend peningkatan prevalens orang dewasa yang berlebihan berat badan dan obesiti memerlukan perhatian serius dan tindakan segera oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengatasi serta mencegah komplikasi kesihatan yang berkaitan.

Jelas beliau, salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan prevalens itu adalah pengambilan gula secara berlebihan

Berdasarkan dapatan NHMS 2023, trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa menunjukkan peningkatan yang berterusan iaitu melonjak hampir 10 peratus dalam tempoh satu dekad daripada 44.5 peratus pada 2011 kepada 54.4 peratus pada 2023, di samping peningkatan hampir sama untuk obesiti abdomen.

Selain itu, lebih daripada 500,000 atau merangkumi 2.5 peratus orang dewasa menghidap empat penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI