fbpx

[VIDEO] ‘Bo mari berhutang kedai ambo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua keping kertas yang mengandungi amaran dilarang berhutang di sebuah kedai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga meletakkan amaran ‘dilarang berhutang’ yang ditulis dalam dialek Kelantan menarik perhatian orang ramai apabila tulisan yang ditulis di atas dua keping kertas bersaiz A3 itu, sengaja ditampal di pintu masuk gerai perniagaan berkenaan.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsikan di laman TikTok @badrul.506, amaran tegas itu ditulis bertujuan untuk memberi peringatan mesra kepada pelanggannya yang suka membuat hutang di premis perniagaan kecil sepertinya.

‘Bo (usah) mari berhutang kedai ambo (saya), ambo pom banyok bendo nok bayar. Kalu nak berhutang sek demo gi pasaraya Giant, Pantai Timur atau Mydin.

“Hanya cash (tunai) sahaja. Tidak dibenarkan hutang. Tokey (tauke) nak selok (bankrup) dah disebabkan kamu yang berhutang!! Dalam diri biar ada sifat malu ! kerana hutang aku terseksa. #Hutang orang kena bayar, #bo mari hutey keda ambo,” tulis peniaga tersebut.

Walau bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju dengan tindakanya itu dan mencadangkan supaya idea tersebut diguna pakai oleh semua pemilik premis perniagaan kecil.

“Baik jujur dengan kata-kata, dari binasa yang merasa. Beli di pasaraya boleh bayar tunai, beli tepi jalan nak berhutang, memang makan modal lah” ujar @ewanwoik

“Betul dah tu apa yang dibuat, kadang-kadang yang suka berhutang ni bukan orang susah tapi jenis perangai yang suka ambil mudah tanpa fikir kesusahan orang lain,” komen @cix007.

“Yang suka berhutang ni bukan jenis orang tiada duit tetapi ada duit berkepuk dan berkira mahu keluarkan duit untuk kegunaan sendiri, kalau boleh percuma lagi bagus,” kata @ayana.maisara. – KOSMO! ONLINE

@badrul.506 #Bomarihutekedaiambo #huteakumunokbayarbilo #fyp ♬ bunyi asal – 🇲🇾Abe We Dikir🪘

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI