fbpx

Tingkatkan CCTV dengan teknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika berucap pada majlis townhall di Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pemasangan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di negeri ini perlu mengaplikasikan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini bagi memastikan pemasangan CCTV itu bukan sekadar untuk pemantauan sebaliknya boleh direkodkan videonya dengan kualiti dan resolusi tinggi.

“Ini agar kita boleh ‘zoom’ imej sehingga menampakkan nombor plat kenderaan, wajah seseorang dan sebagainya dengan lebih berkesan.

“CCTV sudah murah sekarang dan teknologi telah maju. Jadi, rugi kalau tidak gunakan spesifikasi yang terbaik. Sebab itu, kita cadangkan kepada JPJ dan PBT sekiranya pasang CCTV, pasang CCTV yang memenuhi spesifikasi yang boleh digunakan sama dengan agensi lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di sini, hari ini.

Hussein menambah, langkah seterusnya agar berlakunya integrasi akses terhadap CCTV tersebut yang boleh dimanfaatkan semua agensi terlibat.

“Kita tidak ‘smart’, sekiranya PBT pasang satu, polis pasang satu, JPJ pasang satu sedangkan tujuannya adalah sama. Jadi, kita boleh pasang satu namun aksesibiliti boleh digunapakai semua agensi dan menjimatkan duit kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Selangor akan mempunyai tiga buah Ibu Pejabat Daerah (IPD) baharu dalam meningkatkan keberkesanan dan profesionalisme pasukan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI