fbpx

Tiada perbincangan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tidak membincangkan berkaitan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menteri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, isu terbabit tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT ataupun pada mesyuarat Kabinet.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang dimainkan pada hari ini.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM, sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 di mana UiTM ditubuhkan menurut dan
mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM menyeru mahasiswa di universiti itu memakai pakaian hitam esok sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.

Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan sejak semalam.

MPP itu berkata, universiti tersebut perlu berpegang objektif asal penubuhannya iaitu memelihara kedudukan istimewa orang Melayu, Orang Asli dan pribumi Sabah serta Sarawak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI