fbpx

Syed Saddiq dapat sementara pasport ke Singapura, Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini. Foto oleh Faiz Alif Zubir/KOSMO!

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mendapatkan sementara pasport antarabangsa bagi membolehkannya menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan rakan karibnya di Singapura.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Panel terbabit turut membenarkan permohonan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq agar mahkamah mengeluarkan surat kepada Pengarah Imigresen bagi membolehkan Syed Saddiq ke luar negara selain diperintahkan untuk mengembalikan semua pasport tersebut sebelum atau pada 18 Jun ini.

Pelepasan sementara pasport itu juga membolehkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu menghadiri lawatan di Taiwan selaku wakil negara bermula 10 hingga 15 Jun ini atas jemputan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI