fbpx

Scammer mula buat ‘kerja’, kaut duit Akaun Fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik KWSP di Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – Memasuki hari keempat pemindahan Akaun Fleksibel menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ‘scammer’ mula ligat memasang perangkap bagi memperdaya pencarum.

Perangkap yang digunakan adalah dengan melakukan penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ‘scammer’ menyamar dengan menghantar pesanan yang kononnya dari KWSP.

Justeru, KWSP menerusi hantaran di Instagramnya meminta orang ramai agar berwaspada dengan SMS mengenai pemindahan Akaun Fleksibel.

“Penipuan baharu! Scammer menyamar sebagai pihak KWSP mengenai pemindahan Akaun Fleksibel.

“Jangan mudah terpedaya dengan penipuan scammer dan sentiasa berhati-hati,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Akaun Fleksibel merupakan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan pencarum.

Dengan inisiatif itu, pencarum boleh mengeluarkan wang secara terus minimum RM50 hingga RM250 sehari.

Menurut paparan maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun, ahli yang mahu mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI