fbpx

SAMA Square tarik hampir 10,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir 10,000 pengunjung membanjiri SAMA Square sejak prapembukaannya pada 11 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Hampir 10,000 pengunjung membanjiri SAMA Square, tarikan terbaharu SkyWorld Development Bhd (Skyworld) yang telah dibuka kepada umum sejak pra pembukaan pada 11 Mei lalu.

Pembangunan komersial yang terletak di Setapak itu merupakan hab aktiviti yang mampu menarik potensi perniagaan untuk hampir satu juta penduduk dari Setapak, Taman Sri Rampai, Sentul, Wangsa Maju dan kawasan sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, terdapat dua konsep utama yang menjadi pemacu kepada pembukaan SAMA Square.

Beliau berkata, salah satu tujuan utama pembukaan SAMA Square adalah untuk mentakrifkan semula pembangunan ruang komersial di Setapak dengan mewujudkan hab gaya hidup yang dapat memudahkan penduduk SkySanctuary dan sekitarnya.

“Transformasi ini termasuk pembukaan kawasan awam dengan rekaan inovatif yang dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Secara tidak langsung, ia juga menekankan komitmen kami untuk menyediakan kehidupan lestari buat masyarakat setempat selaras dengan tujuan syarikat untuk ‘Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Baik’,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, SAMA Square juga merupakan projek rintis SkyWorld yang bakal menjadi pintu masuk syarikat dalam perniagaan peruncitan.

“Tapak ini akan menjadi hab gaya hidup yang dapat menjana pendapatan baharu buat syarikat, di samping menjadi pendapatan pasif sementara kami merancang penggunaan jangka panjang tapak tersebut,” katanya.

SAMA Square terletak dalam pembangunan utama SkySanctuary seluas kira-kira 16 hektar di Setapak.

Dengan keluasan kira-kira 2 hektar, hampir 90 peratus kawasan di SAMA Square telah disewa, merangkumi 40 buah lot termasuk sebanyak 449 tempat parkir kereta untuk kemudahan pengunjung.

Antara jenama terkenal yang telah dibuka di SAMA Square ialah Inside Scoop, Zus Coffee, Subway, Guardian, Shabuyaki by Nippon Sushi, Hainan Village Kopitiam, Butter Kaya Kopitiam, Vivace Dance Academy, AllCare Dental Centre, BS Optometry, dan lain-lain.

Turut dibuka 24 jam, MemiZooZoo Grocer, Emart24, Klinik Alam Medic dan Nasi Kandar Al Yahya.

Kini, SAMA Square sedang mengadakan ekspo IFood yang menawarkan pelbagai pilihan makanan sehingga 26 Mei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI