fbpx

Protes pro-Palestin di Universiti Harvard berakhir aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan khemah pelajar pro-Palestin di Universiti Harvard, Massachusetts, 5 Mei lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Perkhemahan solidariti untuk penduduk Gaza di Universiti Harvard berakhir secara aman selepas pihak pengurusan bersetuju untuk bertemu dengan penunjuk perasaan mengenai tuntutan berkaitan Israel dengan Palestin, lapor laman berita The Guardian semalam.

Selepas hampir tiga minggu, para pelajar yang membantah serangan Israel ke atas Gaza secara sukarela merobohkan khemah masing-masing di universiti Ivy League itu di Cambridge, Massachusetts.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Harvard, Alan Garber bersetuju untuk mengadakan pertemuan antara para pegawai universiti tersebut termasuk Syarikat Pengurusan Harvard untuk membincangkan mengenai tuntutan para penunjuk perasaan.

Beberapa tuntutan itu adalah pendedahan hubungan kewangan dengan Israel, penghapusan pelaburan daripada hubungan tersebut dan penubuhan Pusat Pengajian Palestin.

Universiti Harvard mempunyai pembiayaan akademik terbesar di dunia yang bernilai kira-kira AS$50 bilion (RM235 bilion).

Para penunjuk perasaan selain itu menuntut agar penggantungan lebih 20 pelajar dan pekerja ditarik balik dan tiada tindakan tatatertib diambil terhadap 60 yang lain.

Pihak universiti kemudian bersetuju dengan syarat-syarat itu.

Beberapa protes lain di seluruh Amerika Syarikat (AS) menyaksikan pengurusan universiti bertindak keras ke atas khemah-khemah yang didirikan.

Ia turut mengakibatkan penggantungan, penangkapan besar-besaran dan insiden kekerasan polis ketika penguatkuasaan undang-undang dilakukan ke atas pelajar di kampus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI