fbpx

PM ada pertimbangan tertentu lantik semula Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mempunyai pertimbangan tertentu berhubung pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pertimbangan tertentu berhubung pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Perkara itu dijelaskan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian susulan ada segelintir pihak yang mempertikai pelantikan semula Azam itu termasuk oleh Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center).

Sebelum ini, C4 Center menggesa reformasi institusi disegerakan, susulan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah SPRM.

Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI