fbpx

Pesawat bawa jemaah haji Indonesia terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sayap kanan pesawat Garuda Indonesia terbakar. - HO

JAKARTA – Sebuah pesawat dipercayai membawa jemaah haji Indonesia dilihat terbang rendah di ruang udara kota Makassar hari ini, lapor portal berita makasar.info.

Beberapa saksi yang enggan nama mereka didedahkan berkata, mereka melihat asap keluar daripada sayap kanan pesawat berkenaan dalam kejadian antara pukul 3.30 hingga 3.40 petang (waktu tempatan).

“Pemandangan yang menyeramkan. Saya melihat sebuah  pesawat Garuda (milik syarikat penerbangan Indonesia) terbang rendah dengan enjin pada sayap kanannya terbakar.

“Semoga pesawat berkenaan mendarat dengan selamat,” kata seorang saksi kejadian.

Seorang saksi lain melihat kapal terbang berwarna putih biru itu melintas dengan sayap kanannya terbakar selepas berlepas dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.

Tidak lama kemudian,  tersebar gambar pesawat Garuda mendarat di lapangan terbang dengan sayap kanannya  terbakar. Pesawat sama dilaporkan selamat kembali dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI