fbpx

Pelancong Israel dirompak di Thailand, ditinggal tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHLEV dibantu anggota polis selepas dirompak di Sattahip kelmarin. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pelancong Israel berusia 81 tahun mendakwa dia ditinggalkan selepas telefon bimbitnya dirompak oleh penunggang teksi motosikal di Sattahip, wilayah Chonburi kelmarin, lapor laman berita The Pattaya News hari ini.

Mangsa, Albert Mahlev ditemui sedang duduk bersendirian di sebuah kedai di tepi Jalan Sukhumvit, daerah Sattahip.

Dia menyewa teksi bermotosikal dari Soi Buakhao di Pattaya, manakala penunggang tersebut membawa Mahlev ke persimpangan di Jalan Sukhumvit.

Penunggang bermotosikal itu didakwa meninggalkan Mahlev selepas mencuri telefon bimbitnya.

Disebabkan tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain kerana halangan bahasa, dia duduk di tepi jalan bagi menunggu bantuan.

Penduduk yang tidak dikenali kemudian menghubungi Balai Polis Sattahip dan anggota-anggota polis pelancong bertindak balas di tempat kejadian.

Mereka kemudian membawa Mahlev ke balai polis untuk siasatan lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI