fbpx

NPG bakal disenaraikan di SGX Mac tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (tiga dari kanan) bergambar bersama Norman (tiga dari kiri) pada majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pra- IPO NPG di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Agensi insurans terkemuka, Norman Pang Group (NPG) mengumumkan pe­rancangan untuk disenarai di Bursa Saham Singapura (SGX) menjelang Mac tahun depan.

NPG merekodkan pungutan premium tahun pertama tertingginya pada RM63.4 juta tahun lalu, dengan tenaga kerja terdiri daripada 380 ejen berdaftar dan kontrak.

Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Seri Norman Pang berkata, pihaknya memasang matlamat untuk mencatat pertumbuhan sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“Kami juga meletakkan sasaran untuk beroleh pungutan premium tahun pertama sebanyak RM80 juta, sebagai bukti komitmen kami untuk memperluas jangkauan dan pengaruh dalam industri insurans.

“SGX dipilih berbanding Bursa Malaysia kerana kami mahu menjadikannya sebagai platform untuk meluaskan jangkauan syarikat ke pasaran antarabangsa termasuk pasaran Hong Kong dan Taiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pratawaran awam permulaan (pra-IPO) bersama Evolve Capital Advisory yang berpangkalan di Singapura di sini baru-baru ini.

Majlis sama turut menyaksikan pelancaran Dana IPO Asia oleh MCI Capital, iaitu dana modal dinamik yang bertujuan mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan merentasi pelbagai sektor, khususnya pasaran modal.

Melalui saiz dana sehingga RM250 juta sebahagian besar daripada dana berkenaan akan digunakan untuk membantu ­perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk mengembangkan perniagaan ke arah penyenaraian awam, selain bakal membantu proses pra-IPO NPG.

Syarikat juga akan menggunakan sebahagian daripada dana tersebut sebagai pelaburan dalam industri hiburan meliputi pembikinan filem, pengedaran dan aktiviti berkaitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI