fbpx

Man. City rampas puncak EPL, lebur impian Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak dua gol dalam kemenangan 2-0 City ke atas Spurs dalam saingan EPL awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Harapan Tottenham Hotspur untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan lebur apabila tewas 0-2 kepada Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan pengurusnya, Ange Postecoglou berang dan menganggap kelab itu begitu ‘rapuh’ hingga memudahkan tugas pasukan lawan.

“Tempoh 48 jam yang lalu mendedahkan kepada saya asas pasukan ini agak rapuh, babitkan semua tempat, di dalam mahupun luar kelab.

“Ini hanya pemerhatian saya,” kata Postecoglou yang kini hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir.

Kekalahan itu juga menyaksikan City memintas Arsenal untuk berada di puncak EPL dan kejuaraan hanya akan dapat ditentukan pada perlawanan terakhir, Ahad ini.

Pada perlawanan itu, City jelas lebih berhak untuk mendapat kemenangan yang menyaksikan bintang sensasinya, Erling Haaland meledak kedua-dua gol dalam aksi tersebut.

Dalam masa sama, pengurus itu turut mengakui beliau keliru dengan penyokong-penyokong Spurs yang seakan gembira dengan kekalahan tersebut.

“Sudah tentu ia (tindakan penyokong) akan mempengaruhi pasukan, tetapi saya tidak boleh tentukan tindakan orang lain.

“Mereka menyerlahkan apa yang mereka mahukan,” kata Postecoglou yang turut dirakam bertengkar dengan sekumpulan penyokong Spurs dalam aksi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI