fbpx

Kertas siasatan bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara masih menjadi misteri.

SHAH ALAM – Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan berhubung penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 kepada Bukit Aman dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini bagi membolehkan mendapatkan rujukan berkaitan perundangan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita telah lengkapkan siasatan dan akan rujuk kepada Bukit Aman terlebih dahulu sebabnya individu yang mendakwa wang di dalam bagasi tersebut tidak boleh memberikan satu bukti kukuh sumber wang itu.

“Jadi, kita perlu rujuk kepada Bukit Aman untuk pandangan Perundangan sebelum kertas diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di sini hari ini.

Beliau menambah, setakat ini hanya seorang sahaja iaitu pengarah syarikat kayu balak yang mendakwa wang berjumlah RM500,000 adalah miliknya.

“Kita telah merakam keterangan empat orang saksi bagi kes tersebut. Selain itu, terdapat antara lapan hingga sembilan keterangan termasuk daripada individu yang menemui bagasi wang tersebut telah diambil bagi melengkapkan kertas siasatan,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pemilik sebenar bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 yang dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara dekat sini sejak dua bulan lalu masih menjadi misteri.

Bagasi berwana merah jambu dan putih itu ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 8 pagi, 20 Mac lalu.

Susulan penemuan beg itu, polis meminta pemilik beg berkenaan supaya tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan wang tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI