fbpx

Jurukimpal mengaku nodai budak darjah enam dihukum sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohamad Ikram (kiri) untuk didakwa atas pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang jurukimpal dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol kekasihnya yang merupakan murid tahun enam di Bachok dekat sini, kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 11 tahun 9 bulan di dalam sebuah bangunan di Jelawat, Bachok dekat sini kira-kira pukul 8.20 malam pada 4 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulbasysyar Saharudin.

Terdahulu, Ahmad Faiz memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat bahawa perbuatan tertuduh adalah serius kerana melibatkan perlakuan seksual terhadap mangsa bawah umur.

Muhammad Zulbasysyar dalam rayuannya memohon mahkamah supaya menetapkan hukuman paling minimum memandangkan tertuduh sudah mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

“Anak guam saya bekerja sebagai jurukimpal dengan gaji harian sebanyak RM40 selain perlu menyara isteri, anak kecil berusia lapan bulan dan kedua ibu bapanya yang menghidap penyakit angin ahmar,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 8 Mei lalu dan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI