fbpx

Haji: Patuh atau hilang keistimewaan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Salleh (tiga dari kiri) bersama wakil Mashariq memotong kek ketika majlis sambutan jemaah kumpulan pertama dan kedua semalam

MEKAH – Malaysia berhadapan hilang keistimewaan Arab Saudi seandainya terdapat pihak yang berterusan melakukan kesalahan berkaitan syarat visa pelancongan negara tersebut.

Ketua Rombongan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, ia termasuk kesalahan bagi pelaksanaan ibadah haji tanpa permit sah dan tinggal lebih masa.

Katanya, pelanggaran undang-undang berkenaan juga akan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang menjaga peraturan dan undang-undang Arab Saudi.

“Visa pelancongan ialah visa untuk negara bukan Islam. Akan tetapi Arab Saudi memberi keistimewaan untuk Malaysia serta beberapa negara lain untuk memasuki negara itu.

“Justeru jangan sampai kita hilang keistimewaan yang telah diberikan sebelum ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan ketibaan kumpulan pertama dan kedua jemaah haji Malaysia ke Mekah semalam.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas mengenai 300 bakal jemaah terkandas di Mekah selepas dikatakan terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Sebagai rekod, antara negara Asia yang menerima visa pelancongan daripada Arab Saudi termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Kazakhstan dan China.

Dalam pada itu, Syed Salleh berkata, kerajaan Arab Saudi kini mempergiatkan operasi tangkapan kepada mana-mana pihak yang cuba menawarkan haji selain daripada menggunakan visa haji.

“Sebelum ini pun kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 riyal (RM 12,353) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.

“Selain itu mereka juga menetapkan pelanggaran peraturan dan arahan haji boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000.(RM62,907),” jelasnya.

Justeru beliau turut menasihati kepada semua pihak yang berbuat demikian untuk meninggalkan Mekah sebelum 29 Zulkaedah atau bersamaan 17 Mei ini.

Menurutnya, kerajaan Arab Saudi akan membuat sekatan di jalan raya serta tempat tertentu termasuk tujuh kawasan tanpa permit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI