fbpx

Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi tiroid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Badariah

KANGAR – Keadaan kesihatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Perlis, Wan Badariah Wan Saad dilaporkan stabil setelah ditidurkan sejak semalam dipercayai akibat komplikasi tiroid.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar pada petang semalam.

“Saya difahamkan beliau dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan tersebut dan keadaanya masih dipantau oleh doktor.

“Punca awal adalah disebabkan tiroid dan beliau mengalami komplikasi jantung selain paru-paru berair. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil tengah hari tadi,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau juga akan mengesyorkan Wan Badariah untuk bercuti bagi mendapatkan rawatan perubatan dengan lebih baik dan sempurna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI