fbpx

EPL: Pemain Man. United sengaja enggan beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED terpaksa mengharapkan para pemain muda selepas pasukan itu dilanda masalah kecederaan meruncing musim ini. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Wayne Rooney menuduh beberapa pemain bekas kelabnya itu sengaja enggan beraksi atau memberikan persembahan terbaik di bawah kendalian pengurus, Erik Ten Hag.

Pemegang rekod jaringan terbanyak kelab itu dengan 253 gol percaya, pemain-pemain berkenaan ketika ini mengutamakan fokus mereka hanya untuk aksi final Piala FA dan saingan Euro 2024 di Jerman nanti.

Perlawanan menentang Arsenal Ahad lalu menyaksikan dua pemain tonggak United, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford tidak berada dalam skuad dengan alasan mengalami kecederaan.

“Jika mereka menggunakan cara itu (sengaja tidak mahu beraksi), saya tidak fikir mereka ‘berlakon’ dengan baik. Sesetengah pemain mampu bermain, 100 peratus boleh diturunkan.

“Euro dan final Piala FA adalah perancangan mereka. Tidak sukar untuk mereka kembali dan bersedia untuk dua saingan besar tersebut.

“Apabila pengurus mula bercakap mengenai sikap pemain yang tidak betul, ia adalah satu penghinaan dan masalah besar buat sesebuah kelab,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi legenda United, Roy Keane turut bersetuju dengan padangan diberikan oleh Rooney dan menganggap situasi berkenaan sebagai suatu yang membimbangkan.

“Sudah pasti ia bukan isyarat yang bagus. Anda berharap pemain yang cedera terdesak untuk kembali ke dalam skuad dan beraksi buat pasukan.

“Pengalaman saya, banyak pemain yang saya beraksi apabila mereka mengalami kecederaan, seboleh-bolehnya mereka mahu memendekkan tempoh pemulihan dan segera kembali bersama pasukan.

“Ketika ini, ia bukan sahaja melibatkan United, tetapi banyak kelab-kelab lain yang berdepan situasi pemain cedera cuba memanjangkan tempoh rehat dan tidak bersungguh-sungguh untuk segera pulih,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI